Jumaat, 22 November 2013

PANDUAN PENGISIAN SKPM KOKURIKULUM 2013

Langkah 1 :
Taipkan google drive dalam kotak search di enjin pencari anda. Kemudian, klik butang Search.



Langkah 2:
Setelah enjin pencari memaparkan hasil carian, klik pada link Google Drive seperti dalam gambar.


Langkah 3:
Isikan Yes ID dan juga password anda seperti yang telah diedarkan di sekolah. Klik Sign In.


Langkah 4:
Google akan menyatakan yang akaun drive anda adalah diurus tadbir oleh Yes. Oleh itu, anda perlu sekali lagi memasukkan Yes ID dan password dalam kotak dialog 1BestariNet seperti di bawah. Selepas itu, klik Login.

Langkah 5:
Selepas itu, anda akan dibawa ke akaun Google Drive anda. Perhatikan menu di sebelah kiri yang bertanda (1), pastikan Shared with Me adalah aktif. Jika tidak, sila klik padanya. Kemudian, klik pada link SKPM KOKURIKULUM 2013


Langkah 6:
Satu tab baru akan dibuka yang memaparkan satu spreadsheet (berbentuk Excel). Terdapat LIMA sheet/helaian pada fail tersebut iaitu PANDUAN, PENGLIBATAN MURID, GRED PENCAPAIAN IKUT UNIT, PENCAPAIAN MURID TAHUN SEMASA DAN GRED PURATA.

Hanya sheet PENGLIBATAN MURID diisi.

Contohnya,
  1. jika anda adalah Guru Pemimpin bagi BADAN BERUNIFORM, key in  pada BADAN BERUNIFORM berwarna jingga/oren
  2. jika anda adalah Guru Pemimpin bagi KELAB DAN PERSATUAN, key in  pada KELAB DAN PERSATUAN  berwarna Kuning
  3. jika anda adalah Guru Pemimpin bagi SUKAN DAN PERMAINAN, key in  pada SUKAN DAN PERMAINAN berwarna Biru



NOTA PENTING :
  1. Jawatan disandang murid - sila pilih minimum sebagai Ahli Aktif 
  2. Peringkat PENGLIBATAN dan PENCAPAIAN - nilai default ialah Sekolah dan Penyertaan Sekolah. Guru yang membawa murid ke pertandingan adalah BERTANGGUNGJAWAB untuk mengisi medan ini.
  3. Jika murid menyertai lebih daripada satu pertandingan, guru yang mengiringi murid tersebut ke peringkat TERTINGGI perlu mengisi medan ini.
  4. Pengisian markah ini tidak perlu diSAVE kerana ianya adalah autosave.

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2014


Rabu, 20 November 2013

KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH MURID ORANG ASLI DAN PENAN (KAP) TAHUN 2, 2014.

PADA : 17-19 NOVEMBER 2013

BERTEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA IPOH

ANJURAN : UNIT PROJEK KHAS, BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

WAKIL SEKOLAH :
EN. JAAFAR BIN SAMAH (MATEMATIK)
EN. ISWADI BIN MUSTAFA (DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI)
EN. MOHD RIDZUAN BIN ISMAIL( BAHASA MALAYSIA)
EN. MOHD HAFIEZI BIN MOHAMED NOR (BAHASA INGGERIS)

DIIRINGI PEGAWAI PERHUBUNGAN PPD JELI:
EN. CHE AZID

FAKTA KURSUS:

  • Dihadiri seramai 120 peserta dari 30 buah sekolah murid orang asli seluruh Malaysia yang berada dalam band 6 dan band 7.
  • SK Sungai Rual mula terpilih untuk mengikuti program ini bermula tahun 2013.
  • Bertujuan untuk membantu sekolah keluar dari band 6.
  • Setiap peserta diasingkan mengikut subjek dan diberi penerangan tentang isi kandungan KSSR murid orang asli dan penan dan langkah-langkan perlaksanaannya.
  • Kurikulum ini akan dilaksanakan untuk murid tahun 2 pada tahun 2014.
  • Secara amnya, kurikulum ini direka dengan mengambil kira persekitaran dan tahap murid orang asli dan penan dengan KSSR arus perdana sebagai asas.



Rabu, 13 November 2013

LAWATAN KE PULAU PINANG

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PENGHUNI ASRAMA BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN KE PULAU PINANG
TARIKH : 02, 03 DAN 04 NOVEMBER 2013
TEMPAT : PULAU PINANG
PENGLIBATAN : 1. MURID-MURID TAHUN 4, 5 DAN 6.
                              2. MURID-,MURID KELAS DEWASA (KEDAP)
                              3. PENGHUNI ASRAMA SK SUNGAI RUAL
                              4. GURU DAN KAKITANGAN SK SUNGAI RUAL
                              5. PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN




Sabtu, 9 November 2013

PROGRAM PEMULIHAN KHAS LITERASI DAN NUMERASI(LINUS) PELAJAR ORANG ASLI RKB SUNGAI RUAL, JELI SIRI 1/2013

TARIKH : 21 HINGGA 24 OKTOBER 2013
HARI : ISNIN HINGGA KHAMIS
TEMPAT : PERMAI BEACH RESORT, BACHOK, KELANTAN
PENGLIBATAN : MURID 35 ORANG
                              GURU 2 ORANG